Tuesday 3 April 2012

TRAINING REPORT:2nd Climbing Training @Nuang via Janda Baik

Ahad, 1 April 2012....jam 0730 pagi seramai 7 orang pendaki tegar+kurang tegar berkumpul di BHP Leburaya Karak untuk menjalankan misi latihan Expedition  Tahan 2012 dengan tujuan untuk menawan puncak Nuang melalui laluan Janda Baik Pahang... Arif,Mamu,Ustaz Din, Hafizi, Hafiz, Ida dan Fin bersiap untuk mengharungi cabaran pendakian bermula jam 0855 pagi dari starting point...dengan harapan setinggi gunung yang hendak ditawan bermulalah langkah-langkah kesakitan+kepenatan pada mereka yang "first time".... apa yang penting.... NEVER GIVE UP.......


Berposing dahulu di Air Terjun Chemperoh selepas 1 jam pendakian....
Selepas pendakian yang menyakitkan... berjaya ke puncak jam 0120 ptg...

Misi latihan kedua berjaya
Poster yang akan dibawa ke Expedition Tahan kali kedua di Puncak Nuang....
Kebun sayur di sekitar kaki gunung nuang laluan janda baik...


 Penghuni sekitar laluan ke Nuang via Janda Baik..."orang asal"

Setelah menempuhi hujan lebat dan laluan yang becah, akhirnya sampai jua di gate hutan simpan...berbaloi-baloi pendakian ini...Perjalanan pendakian yang mengambil masa sekitar 10 jam... sampai semula di starting point jam 0630 ptg.... Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan selamat, semua pendaki berjaya sampai dengan keadaan baik....apa-apapun.... NEVER GIVE UP....GOOD LUCK..

Semua gambar diambil dari FB Rafina Salam.... Thanks... 

1 comment:

  1. Semangat harus dipertahankan sehingga nyawa dikandung badan.

    ReplyDelete